Mesyuarat Majlis Raja-Raja benar-benar berlaku – Sumber



Majlis Raja-raja Melayu dilapor bermesyuarat di Kuala Lumpur malam tadi.

Ia berlangsung ketika timbul spekulasi berkaitan status Yang Di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.

Memetik sumber, The New Straits Times (NST) hari ini mengesahkan mesyuarat tidak rasmi berlangsung berlangsung susulan tamatnya tugas Sultan Perak Sultan Nazrin Shah sebagai pemangku Agong.

Tidak seperti mesyuarat biasa, menurut laporan itu, tiada keperluan untuk perdana menteri dan pegawai kerajaan lain hadir.

ARTIKEL BERKAITAN : Sultan Muhammad V bakal menamatkan tugas sebagai Agong lebih awal?



Mesyuarat seperti ini dilaporkan jarang berlaku.

“Mesyuarat seperti ini biasanya berlangsung sekali atau dua kali sepenggal, dan biasanya untuk membincangkan sesuatu yang penting.

“Tiada mesyuarat seperti ini tahun lepas,” sumber itu dipetik sebagai berkata.

Satu lagi sumber juga menegaskan kepada NST bahawa mesyuarat itu benar-benar berlangsung.

Katanya, terdapat “perbincangan serius” berkaitan hal ehwal monarki.



Sumber bagaimanapun enggan mengesahkan sama ada Agong hadir dalam mesyuarat itu.

“Kamu kena tanya Istana Negara. Saya tidak dapat beritahu,” katanya.

Setakat laporan ini ditulis, Istana belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berkaitan perkara itu.

Malaysiakini sudah menghubungi istana dan sedang menunggu maklum balasnya.

Sultan Muhammad V had bercuti dua bulan sehingga 31 Disember untuk mendapatkan rawatan perubatan. Ketika ketiadaan baginda, Sultan Nazrin memangku tugas sebagai Agong.



Media luar negara sebelum ini melaporkan Sultan Muhammad V pada 22 November lalu telah berkahwin dengan bekas ratu cantik Rusia Oksana Voevodina di Moscow.

Bagaimanapun sehingga hari ini, pihak istana belum membuat sebarang penjelasan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah semalam berkata, pihaknya tidak menerima sebarang maklumat mengenai dakwaan Sultan Muhammad V mahu meletakkan jawatan.

Mohd Amar meminta orang ramai tidak mendengar khabar angin. – MK
Mesyuarat Majlis Raja-Raja benar-benar berlaku – Sumber Mesyuarat Majlis Raja-Raja benar-benar berlaku – Sumber Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...