MB didesak pecat Ahli Majlis Daerah Pontian hina institusi Diraja Johor



JOHOR BAHRU 5 Jan. - Kerajaan negeri didesak untuk mengambil tindakan terhadap Ahli Majlis Daerah Pontian, Mohammad Kamarul Ariffin Harris Fadzillah kerana mengeluarkan kenyataan memperlekeh Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Presiden Majlis Belia Negeri Johor, Md. Saleeheen Mohamad berkata, tindakan itu wajar ekoran perbuatan biadab Mohammad Kamarul terhadap institusi Diraja negeri ini.

"Sebagai seorang ahli majlis pihak berkuasa tempatan yang dilantik, dia perlu memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang penjawat awam.

"Menteri Besar, Datuk Osman Sapian perlu memainkan peranan dengan memecat mahupun menarik balik kedudukannya selaku ahli majlis sebagai pengajaran," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.

Kenyataan itu dibuat Mohammad Kamarul dalam laman Facebook miliknya semalam sebelum dia dipercayai telah memadam kenyataan tersebut. - UO


ARTIKEL BERKAITAN:

Ingat aku takut ke dengan TMJ? – Ahli Majlis Daerah Pontian

Ahli Majlis Pontian tetap berpendirian Pulau Kukup telah dirampas oleh Istana Johor

PULAU KUKUP: Mahathir dah nyanyuk – TMJ

TMJ: Kenapa Mahathir masuk campur isu tanah Pulau Kukup, tetapi tidak isu tanah kuil Seafield?
 



MB didesak pecat Ahli Majlis Daerah Pontian hina institusi Diraja Johor MB didesak pecat Ahli Majlis Daerah Pontian hina institusi Diraja Johor Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...