Maszlee mahu buka universiti di Indonesia


Isu MyBrain pun tak selesai, dah nak buka 'u' di indon. Utamakanlah dahulu rakyat Malaysia wahai menteri

JAKARTA: Kementerian Pendidikan Malaysia meninjau peluang untuk membuka cawangan universiti awamnya di Indonesia, negara yang berpenduduk lebih 260 juta itu.

Menterinya, Maszlee Malik berkata program lawatan kerja pertamanya ke Indonesia sejak menerajui kementerian itu, juga adalah bagi meningkatkan lagi kerjasama pendidikan sedia ada antara kedua-dua negara.

“(Dalam lawatan kerja ini) kita akan melihat ruang dan peluang-peluang yang boleh kita tawarkan kepada pendidikan Indonesia.

“(Antaranya) Ruang yang boleh kita terokai untuk membina atau menubuhkan cawangan-cawangan universiti kita di Indonesia,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, hari ini.

Selain itu, Maszlee berkata beberapa universiti di Indonesia juga menyatakan minat mereka untuk membuka cawangan mereka di Malaysia.

Mazlee dijadual bertemu dengan rakan sejawatnya, Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Indonesia, Muhadjir Effendy pada esok, untuk perbincangan lanjut berhubung misi lawatannya itu.

Pada lawatan kerja 2 hari itu, Maszlee juga akan mengadakan lawatan ke Universitas Muhammadiyah Prof Dr Hamka dan Tzu Chi School, selain mengadakan perjumpaan bersama pelajar-pelajar Malaysia. - FMT
Maszlee mahu buka universiti di Indonesia Maszlee mahu buka universiti di Indonesia Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...