MARA sahkan 10 pejabat dalam kajian untuk ditutup


Setelah didesak oleh orang ramai akhirnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) tampil menjawab isu berhubung penutupan sepuluh pejabat di tujuh buah negeri seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Pihak MARA memaklumkan kesemua sepuluh pejabat itu masih beroperasi seperti biasa dan menafikan desas-desus yang tular bahawa pejabat itu telah ditutup.

Bagaimanapun pihak MARA tidak menafikan yang sepuluh pejabat itu sememangnya di dalam kajian yang mereka laksanakan yang mana ianya tidak mustahil akan ditutup di masa hadapan.

Adakah jawapan seperti ini akan meredakan kerisauan dan kemarahan orang Melayu Bumiputera?



Sebelum ini tular di media sosial tangkapan layar dari aplikasi Whatsapp 'orang dalam' MARA yang membocorkan maklumat bahawa sepuluh pejabat MARA di tujuh buah negeri akan ditutup beberapa bulan lagi.

Tangkapan layar itu juga memaklumkan penutupan sepuluh pejabat MARA itu adalah kononnya bagi menjimatkan kos yang ditanggung oleh KERAjaan Pakatan Harapan (PH).

Pejabat MARA yang ditutup itu termasuk pejabat MARA di Cameron Highland. – AbuLeman


MARA sahkan 10 pejabat dalam kajian untuk ditutup MARA sahkan 10 pejabat dalam kajian untuk ditutup Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...