Manogaran pakai baju berlogo PH masuk pusat mengundi



KUALA LUMPUR 26 Jan. - Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membenarkan calon Pakatan Harapan Pilihan Raya Kecil Parlimen Cameron Highlands, M. Manogaran memasuki pusat mengundi memakai baju mempunyai logo Pakatan Harapan.

Dr. Asyraf Wajdi yang berkongsi dua gambar Manogaran memakai baju mempunyai logo Pakatan Harapan di dalam pusat menggundi SK Senderut di Facebook beliau sebentar tadi.

Menurut Dr. Asyraf Wajdi, perbuatan Manogaran jelas bertentangan dengan peraturan SPR.

"Macam mana SPR boleh benarkan calon PH masuk ke dalam kawasan tempat pembuangan undi di SK Senderut dengan memakai baju berlambang logo parti?

"Sudah banyak kesalahan-kesalahan pilihan raya yang telah dilaporkan sepanjang PRK Cameron Highlands ini tapi tampak seolah-olah SPR membisu dan membutakan mata," kata Dr. Asyraf Wajdi.

Seksyen 26(1)(g) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 menetapkan tiada seorang pun boleh pada hari mengundi dalam jarak lima puluh meter dari sempadan mana-mana tempat  mengundi  dan dalam  tempat  mengundi, memakai,  memegang  atau membawa  apa-apa  bentuk atau  jenis  pakaian,  tutup  kepala,  barang  hiasan,  roset, botol air atau payung yang pada nya tercetak atau tertera nama calon atau nama, lambang atau simbol mana-mana parti politik.

Mengikut akta tersebut mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan subseksyen boleh, apabila  disabitkan,  dipenjarakan  selama tempoh  tidak  melebihi  satu  tahun  atau  didenda  tidak  melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan dan didenda kedua-duanya.

Sesuatu  kesalahan di bawah subseksyen ialah kesalahan  boleh  tangkap  mengikut pengertian  Kanun  Tatacara Jenayah. –  UO
Manogaran pakai baju berlogo PH masuk pusat mengundi Manogaran pakai baju berlogo PH masuk pusat mengundi Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...