Main golf dalam pejabat kementerian gaya ala-ala orang kaya



Team Menteri Belia Dan SUkan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mendapat perhatian netizen lagi apabila tular satu gambar salah seorang pegawainya bermain golf di dalam pejabat kementerian itu.

Di gambar itu kelihatan pegawainya yang tidak berambut, berkemeja putih lengan pendek berseluar hitam sedang memukul bola golf gaya ala-ala orang kaya dengan berlatar belakangkan dinding yang tertera 'Pejabat Menteri' dengan logo Kementeri Belia Dan Sukan (KBS).

Netizen mempersoalkan tindakan Syed Saddiq dan pegawai-pegawainya yang kelihatan bersenang-lenang dengan jawatan dan gaji serta kemudahan-kemudahan yang dibayar oleh rakyat.

"Tidak ada kerjakah yang perlu dilakukan oleh menteri dan macai-macai dia? Rileks je nampak?" tanya Salihin.

"Rakyat sedang menderita, harga melambung, gaji tak naik, cukai bertambah dari satu kepada 10 cukai, menteri dengan barua-barua dia bersenang lenang main game, main golf dalam ofis. Pala hotak menteri!" Luah Syarif.

Sebelum ini menteri itu mendapat kecaman apabila menghabiskan wang rakyat dengan bermain game di pejabat.

Terbaru team Syed Saddiq juga mendapat kecaman netizen apabila menggunakan telefon bimbit di pam minyak yang boleh membahayakan nyawa pengguna lain. - AbuLeman
Main golf dalam pejabat kementerian gaya ala-ala orang kaya Main golf dalam pejabat kementerian gaya ala-ala orang kaya Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...