Mahathir sewa helikopter untuk kempen Sungai Koyan


Habis wang rakyat dikerjakan

KUALA LIPIS 25 Jan. - Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Tun Dr Mahathir Mohamad berkata beliau menyewa helikopter untuk turun berkempen di Felda Sungai Koyan sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands kerana patuh kepada peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar tidak menggunakan aset kerajaan ketika berkempen.

Kata Perdana Menteri: "Undang-undang ini bukan sahaja dikenakan kepada parti lawan malah parti kerajaan pun dikenakan undang-undang yang sama.

"Umpamanya saya tidak boleh dibenarkan pakai kapal terbang RMAF (Tentera Udara Diraja Malaysia) yang kerajaan punya, (maka) kenalah sewa helikopter swasta punya. Kalau pakai helikopter kerajaan maka salahlah," katanya.

Beliau yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Sungai Koyan di Dataran Felda Sungai Koyan 1 di sini hari ini.

Dr Mahathir turut hairan dengan Najib yang sekarang ini cukup pandai berkempen di sana sini, malah cuba mengajar kerajaan sekarang bagaimana mentadbir negara.

"Sekarang ini juga dia bercakap asyik nak nasihat kami macam mana nak tadbir negara dengan buat ucapan sana sini. Dulu awak jadi PM kenapa awak tak buat? Tapi sekarang ni dia cukup pandai ajar kita macam mana nak tadbir negara," katanya. - BERNAMA
Mahathir sewa helikopter untuk kempen Sungai Koyan Mahathir sewa helikopter untuk kempen Sungai Koyan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 25, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...