Mahathir setuju Adun DAP jadi ahli lembaga Yadim – Mujahid



KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini mengesahkan seorang wakil rakyat DAP, Adun Paloh, Sheikh Omar Ali dilantik sebagai ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata pelantikan Sheikh Omar, yang juga exco pembangunan keusahawanan, koperasi dan ekonomi kreatif Johor itu mendapat persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ditubuhkan pada 1974, Yadim memangkin penyebaran dakwkah dan menyelaras kegiatan badan-badan dakwah agar seiring dengan dasar negara.

Ia kini dipimpin oleh Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak kepada bekas mursyidul am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Dia dilantik atas kelayakannya sebagai orang yang mempunyai latar belakang agama untuk memberi sumbangan kepada Yadim,” katanya pada sidang media hari ini.

Beliau menjelaskan Sheikh Omar antara beberapa orang yang dilantik bagi mengisi kekosongan selepas pelantikan awal.

Difahamkan, Sheikh Omar akan dilantik untuk tempoh 2 tahun dan watikah pelantikannya akan disampaikan oleh Mujahid di Putrajaya esok.

Mujahid tidak melihat sebarang masalah melantik Sheikh Omar ke lembaga pemegang amanah Yadim memandangkan dia mempunyai pemahaman Islam yang jelas.

“Baguslah, ini kali pertama. Dia seorang Islam, ada merit dan sumbangan idea yang baik. Saya kenal dia sewaktu terlibat sebagai aktivis lagi.

“Hanya kerana dia ahli DAP dan kita nafikan haknya, maka tidak betullah,” katanya. - FMT
Mahathir setuju Adun DAP jadi ahli lembaga Yadim – Mujahid Mahathir setuju Adun DAP jadi ahli lembaga Yadim – Mujahid Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 30, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...