Mahathir menghadap Sultan Johor Khamis ini



JOHOR BAHRU 7 Jan. - Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dijadualkan menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, di sini Khamis ini.

Sultan Johor berkenan untuk menerima Mahathir mengadap dan ini merupakan yang pertama kali sejak menjadi Perdana Menteri selepas Pilihan Raya Umum ke-14.

ARTIKEL BERKAITAN : SAHIH: Agong letak jawatan

Menurut sumber, pertemuan itu antara Sultan Johor akan turut disertai isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

"Sememangnya ada dalam jadual Sultan Ibrahim akan bertemu Tun Dr. Mahathir Mohamad di istana pada Khamis ini," ujar sumber berkenaan ketika dihubungi.

Namun agenda pertemuan itu tidak dapat dipastikan tetapi difahamkan akan turut membincangkan mengenai isu peletakan jawatan Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-15. - UO

ARTIKEL BERKAITAN : Sultan, Raja-raja mesyuarat khas tentu Agong baharu


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Mahathir menghadap Sultan Johor Khamis ini Mahathir menghadap Sultan Johor Khamis ini Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 07, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...