Mahathir enggan dedah perbincangan dengan Sultan Johor



JOHOR BAHRU 10 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, perkara yang dibincangkan dalam pertemuannya dengan Sultan Johor selama satu jam pada hari ini adalah rahsia mereka berdua.

"Ini hanyalah perbualan antara kami berdua," kata Perdana Menteri ketika ditanya adakah pertemuan itu turut melibatkan sebarang perubahan kepimpinan di peringkat kerajaan negeri.

ARTIKEL BERKAITAN : Sultan Johor hantar Mahathir ke airport guna Proton Saga

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Sultan Johor di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) dekat sini sebentar tadi.

Terdahulu Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menghantar Mahathir dengan menggunakan kereta Proton Saga dipandu baginda dari Istana Bukit Serene, Johor Bahru ke LTAS. - UO

Kalau perjumpaan itu menguntungkan politik peribadinya mustahil Mahathir tak nak dedah. Nampak sangat ada sesuatu...


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Mahathir enggan dedah perbincangan dengan Sultan Johor Mahathir enggan dedah perbincangan dengan Sultan Johor Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...