'Maafkan saya Datuk Seri Najib' – Anak Mufti Kedah



Selama ini orang yang paling teruk dihina di malaysia adalah beliau, bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Dihina tanpa kita sendiri mengetahui sejauh mana kebenaran dan bukti fitnah tersebut.

Dahulu, beliaulah adalah manusia yang paling dibenci oleh majoriti rakyat Malaysia.

Walaupun banyak jasa yang beliau curahkan untuk rakyat Malaysia, tetapi semua jasa tersebut seolah-olah tertutup dek kerana fitnah yang di canang.

Di antara manusia yang sangat benci kepada beliau pada waktu itu juga adalah aku.

Hantaran Ustaz Ahmad Husam sebelum  PRU14 yang menyerang dan memfitnah Datuk Seri Najib

Entah kenapa yang aku turut benci kepada beliau pada masa itu, sedangkan aku pun tidak pernah mencari fakta dan kebenaran.

Aku hanya mendengar pertuduhan dan terus percaya. Lalu pada PRU14 Allah swt takdirkan beliau dikalahkan dengan fitnah.

Aku masih ingat macam mana rakyat Malaysia melayani beliau pada Waktu itu. 

Sekumpulan manusia mula menunggu beliau di airport Untuk menghalang beliau kononya bekas perdana menteri hendak lari tinggalkan Malaysia.

Rumah beliau digeledah pada bulan Ramadhan sehingga ke pagi, beliau terpaksa tidur di atas kusyen. 

Dan macam-macam lagi layanan buruk yang beliau terpaksa lalui.

Aku rasa kalau alang-alang orang yang kena, boleh jadi gila. Tetapi beliau cool sahaja.

Apa yang beliau selalu kata, "Saya akan buktikan saya bukan penyamun dan peyangak". Beliau mahu buktikan beliau tidak bersalah.

Hari ini kita dapat lihat Allah swt mengangkat beliau. Gelombang Najib mula melanda Malaysia.

Kalau dulu majoriti rakyat Malaysia benci beliau, hari ini seluruh rakyat Malaysia menyayangi beliau.

Dauk Seri Najib, maafkan kami rakyat Malaysia yang termakan fitnah selama ini.

Maafkan kami. Hari ini Allah swt sedang mengangkat kebenaran dan meranapkan fitnah. Kami dah nampak semuanya.

Semoga Allah swt memelihara kita daripada terus termakan dengan fitnah. Wajib selidik dahulu ppa yang kita terima.

#MaluApaBosskuu

'Maafkan saya Datuk Seri Najib' – Anak Mufti Kedah 'Maafkan saya Datuk Seri Najib' – Anak Mufti Kedah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 30, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...