Lupakan dendam PAS terhadap UMNO demi Islam – Nik Abduh



LIPIS: Penyokong dan anggota PAS dinasihat melupakan persengketaan PAS-UMNO serta menggunakan pertimbangan rasional dengan mengundi calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, hujung minggu ini.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz, berkata perkara itu sudah diperjelaskan memandangkan lawan BN dalam PRK berkenaan ialah calon daripada Pakatan Harapan (PH), yang juga musuh utama PAS ketika ini.

“Dulu, memanglah BN dan UMNO musuh kita...tapi selepas apa yang berlaku pada Mei lalu, selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), kami sudah nampak siapa musuh dan siapa yang boleh dijadikan kawan dalam memperjuangkan agama Islam.

“Kami (PAS) yakin dengan kebijaksanaan ahli dan penyokong dalam membuat pilihan serta mengundi (calon) yang terbaik...anggota PAS tahu kewajipan mengundi untuk memilih pemimpin yang baik menerajui negara...mereka (PH) masih gagal menunaikan janji (manifesto),” katanya yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ceramah bersama PAS dan BN di Dataran Sungai Koyan, di sini, malam tadi yang turut dihadiri Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, selain 500 penyokong PAS serta BN. - BERNAMA
Lupakan dendam PAS terhadap UMNO demi Islam – Nik Abduh Lupakan dendam PAS terhadap UMNO demi Islam – Nik Abduh Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 24, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...