Lelaki cina pukul jurujual ditahan polis



PULAU PINANG 10 Jan. - Lelaki yang memukul seorang jurujual wanita yang enggan menjual lebih dua paket minyak masak satu kilogram (kg) kepadanya di sebuah pasar raya kecil di sini kelmarin akhirnya ditahan polis.

Peniaga berusia 47 tahun itu ditahan di tepi jalan Sungai Ara, Bayan Lepas di sini kira-kira pukul 2 petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan A. Anbalagan, lelaki berkenaan mengaku terlibat dalam kejadian itu dan akan direman di Mahkamah Balik Pulau esok bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak memukul jurujual itu di bahagian belakang kepala kerana tidak dapat mengawal kemarahannya ketika kejadian.

ARTIKEL BERKAITAN : DAYUS: Lelaki cina pukul wanita bertudung di kedai runcit

“Ujian air kencing suspek juga negatif dan dia juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang jurujual wanita di sebuah pasar raya kecil di Bayan Lepas di sini dipukul di belakang kepala selepas mangsa enggan menjual lebih dua paket minyak masak satu kg kepada seorang lelaki.

Selain dipukul, mangsa yang berusia 29 tahun turut diugut dengan kata-kata 'lu jaga' menyebabkan dia membuat laporan polis kerana bimbang dengan keselamatannya.

Kejadian itu yang dirakam sistem kamera litar tertutup (CCTV) kedai berkenaan kemudiannya tular di media sosial. - UO

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Lelaki cina pukul jurujual ditahan polis Lelaki cina pukul jurujual ditahan polis Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 10, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...