Lelaki cina hina Bomba cium tangan mohon maaf



SEORANG lelaki berbangsa cina yang telah menghina pasukan Bomba di Facebook, telah memohon maaf dan menyatakan kekesalan di atas keterlanjurannya selepas teruk dikecam warganet sejak semalam.

Menerusi beberapa keping gambar difahamkan Chuah Chun Howe telah pergi ke ibu pejabat bomba Jalan Perak, Pulau Pinang untuk memohon maaf kepada pasukan itu.

Gambar itu juga menunjukkan Chuah sedang bersalam dan mencium tangan ketua balai yang dikenali sebagai Tuan Ismail. Chuah juga turut bersalaman dengan anggota bomba yang lain yang turut ada di sana.

"Saya amat kesal dengan percakapan melulu semalam mengenai ahli bomba Malaysia. Saya telah mengambil tanggungjawab untuk memohon maaf kepada pihak bomba Jalan Perak, Penang Dan telah mendapat ampunan daripada Tuan Ismail," katanya dalam satu kenyataan.


Chuah telah berjanji tidak akan mengulangi perkara yang tidak sepatutnya mengenai anggota pakaian beruniform Malaysia lagi selepas ini. 

Chuah turut menyeru orang ramai supaya tidak mencontohinya dalam membuat ulasan negatif terhadap anggota badan beruniform.

"Saya harap semua orang tidak akan buat komen negatif terhadap ahli beruniform macam saya, jika tidak tahu apa yang dilalui oleh mereka," katanya.

Semalam tersebar satu tangkapan layar hinaan Chuah terhadap anggota Bomba di satu video live facebook, ketika pihak Bomba sedang berusaha mencari kenderaan yang terhumban masuk ke dalam laut Jambatan Pulau Pinang.

Komen itu telah menjadi tular di laman sosial sekaligus mengundang kecaman dan kemarahan orang ramai terhadap tindakan biadabnya. - MS/AbuLeman








Lelaki cina hina Bomba cium tangan mohon maaf Lelaki cina hina Bomba cium tangan mohon maaf Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 22, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...