Lebih 100 diberhentikan kerja di Melaka



AYER KEROH 4 Jan. – Ketua Menteri Melaka Adly Zahari didakwa berbohong di dalam kenyataannya semalam berhubung pemberhentian kakitangan di Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM).

Semalam Adly mendakwa bahawa tiada pegawai berstatus kontrak yang diberhentikan atau ditamatkan perkhidmatannya dalam tempoh kontrak di bawah Jabatan Ketua Menteri.

Namun pembohongan Adly didedahkan oleh sorang bekas kakitangan JKMM, Rohazam Bakar.

Rohazam mendakwa beliau sendiri telah ditamatkan perkhidmatan ketika masih di dalam tempoh kontrak lagi.

Shazzuan Shah seorang bekas kakitangan MelakaKini juga menerima nasib yang sama apabila ditamatkan kontrak walaupun prestasi kerja beliau sentiasa mencapai KPI yang ditetapkan oleh majikan.

Menurut Pemuda Umno Kota Melaka, dianggarkan lebih 100 kakitangan telah diberhentikan di JKMM walaupun ada di antara mereka telah berkhidmat lebih 10 tahun dan tidak mempunyai masalah disiplin. – AbuLeman









Lebih 100 diberhentikan kerja di Melaka Lebih 100 diberhentikan kerja di Melaka Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 04, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...