Laporan air kencing anak Mat Sabu 3 bulan baru siap


Air kencing anak menteri ni special sikit. Sebab tu lama nak siap.

KUALA LUMPUR 8 Jan. - Polis sedang menunggu laporan sampel air kencing Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31, bagi melengkapkan kertas siasatan kes anak Menteri Pertahanan itu yang ditahan kerana disyaki positif ganja di sebuah pusat hiburan eksklusif di Jalan Ampang kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, keputusan laporan itu diperlukan bagi melengkap­kan kertas siasatan di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Buat masa sekarang kita sedang menunggu laporan kimia sampel air kencing dari hospital.

“Sebaik sahaja kertas siasatan lengkap, kita rujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk keputusan pendakwaan,” kata­nya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak menteri 'kantoi' ganja

Laporan Buletin Utama TV3 semalam melaporkan, laporan kimia air kencing anak Menteri Pertahanan itu memerlukan masa sehingga 3 bulan untuk disiapkan.

Berpandukan keputusan itu barulah pihak polis akan mengambil tindakan seterusnya mengikut undang-undang.

Semalam, media melaporkan Ahmad Saiful Islam, 31, dan rakannya, 33, ditahan selepas positif ganja dalam pemeriksaan di sebuah premis hiburan di Jalan Ampang di sini kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.

Menurut sumber, lelaki itu merupakan seorang daripada 101 individu termasuk 55 wanita yang diperiksa dalam Op Hiburan oleh sepasukan pe­gawai dan anggota dari Ibu pe­jabat Polis Daerah Dang Wangi.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak menteri kantoi ganja dibebaskan

“Ketika operasi tersebut, dia dikatakan sedang berhibur dengan beberapa individu lain. Hasil pemeriksaan ke atas kesemua pengunjung, hanya dia dan rakannya yang disyaki positif dadah.

Kedua-dua individu tersebut dibebaskan kurang 24 jam dengan jaminan polis pada pukul 5.30 petang semalam.

Bagaimanapun, pembebasan mereka menarik perhatian netizen di laman Facebook yang rata-rata­nya meluahkan rasa tidak puas hati serta mempersoalkan mengapa kedua-dua individu itu tidak direman.

Sementara itu, Mohamad Sabu menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung pe­nahanan anak lelaki­nya dan mahu kes diselesaikan mengikut pro­ses undang-undang. - UO/AbuLeman



Laporan air kencing anak Mat Sabu 3 bulan baru siap Laporan air kencing anak Mat Sabu 3 bulan baru siap Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...