PANAS: Ketua-ketua bahagian sepakat singkir Syed Saddiq



Ketua-ketua bahagian Bersatu dikatakan membincangkan usaha untuk menyingkirkan Ketua Pemuda parti itu, Syed Saddiq Abdul Rahman kerana menyelar pemimpin parti yang meminta projek dan jawatan dari kerajaan.

Mesej perbualan di media sosial antara ketua-ketua bahagian Bersatu menunjukkan mereka melepaskan geram terhadap ketua sayap pemuda Bersatu atau lebih dikenali sebagai Armada itu.

"Untuk kembali ke muka buku yang sama, Saddiq perlu basuh dosanya yang membuka aib Bersatu dan perlu memohon maaf secara terbuka kepada (perwakilan) Wilayah Persekutuan dan ketua-ketua bahagian sekalian.

"Saya berjanji akan menggerakkan seluruh negara untuk tolak Saddiq. Insha Allah," kata seorang ketua bahagian.



Ahad lalu, Syed Saddiq ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu membidas perwakilan dari Wilayah Persekutuan kerana meminta kontrak sehingga menamakan seorang menteri yang didakwa berjanji akan memberikan kontrak berkenaan.

"Saya nak tegur sebagai anak muda. Perwakilan Wilayah tadi. Sampai berani nak namakan menteri yang menjanjikan (kontrak). Tak masuk akal!

"Bayangkan, itu boleh jadi kes SPRM. Mana boleh!" tegurnya.

Tidak lama selepas itu, Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Ab Rahman menyifatkan pihak yang membantah gesaan perwakilan itu sebagai 'bodoh'.

ARTIKEL BERKAITAN : Syed Saqqid bodoh! – Naib Presiden Bersatu

Menurut Abdul Rashid, dalam pilihan raya, Bersatu perlu menggunakan sumber kerajaan dan apa cara sekalipun untuk berkuasa.

Bagaimanapun, kepimpinan Bersatu tampil membidas Abdul Rashid dan mempertahankan pendirian Syed Saddiq.

"Kebiadapan Armada mencabar ketua-ketua bahagian satu perkara melampau. Armad tidak kenal siapa dicabarnya.


"Syed Saddiq tidak mendidik mereka cara menghormati. Saya nak tengok bagaimana Armada nak bergerak tanpa sumber," kata seorang lagi ketua bahagian.

Sementara itu Ketua Bersatu Bahagian Bandar Tun Razak, Mohd Shahni Ismail dalam catatan Facebook  mempertikai pelantikan ketua pegawai eksekutif Kumpulan AirAsia, Tony Fernandes sebagai pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia dan bukan ahli Bersatu.

"Syabas dan juga tahniah kepada Syed Saddiq, menteri belia dan sukan kerana percaya dan mengamalkan konsep kesamarataan dan berintegriti penuh dengan melantik Tan Sri Tony Fernandes menerajui Perbadanan Stadium Malaysia.

"Kepada saf kepimpinan PPBM (Bersatu) yang ada tak layak untuk dilantik menjadi pengerusi sebab kuat minta projek," katanya.

Bantura berkata, Bersatu merupakan sebuah "parti Melayu tegar" dan tidak sesekali apolegetik untuk mempertahankan hak kaum Melayu.

"Sekiranya Syed Saddiq mempunyai idea lain maka dia harus menyertai PKR," katanya. - MK




PANAS: Ketua-ketua bahagian sepakat singkir Syed Saddiq PANAS: Ketua-ketua bahagian sepakat singkir Syed Saddiq Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...