KERAjaan tunduk desakan rakyat batal kenaikan sewa kuaters



Terima kasih DS Najib, kalau tak desak bersenang-lenanglah PH makan duit rakyat.

KERAjaan hari ini terpaksa akur dengan desakan pembangkang dan rakyat apabila kadar sewa kuarters milik Perbadanan Putrajaya (PPj) Blok F dan Blok G di Presint 11 di sini kekal tanpa sebarang kenaikan.

Presiden PPj, Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, PPj telah membuat keputusan untuk tidak menaikkan kadar sewa kuarters milik PPj di Presint 11 kerana tidak sesuai dilaksanakan dalam keadaan semasa.

ARTIKEL BERKAITAN : MELAMPAU: Sewa kuaters kerajaan naik dari RM400 ke RM800

Beliau berkata, perkara itu diputuskan selepas berbincang dengan Kementerian Wilayah Persekutuan.

Semalam, tular satu surat rasmi notis memaklumkan yang kadar sewa kuarters PPj naik berganda dari RM400 kepada RM800 sebulan bagi kuarters Blok F dan G milik PPj Presint 11.

Isu kenaikan sewa itu turut mendapat perhatian bekas perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan dikongsikan di akan Facebook miliknya semalam sehingga menjadi viral dan KERAjaan mula mendapat kecaman dari rakyat.  – Bernama/AbuLeman


KERAjaan tunduk desakan rakyat batal kenaikan sewa kuaters KERAjaan tunduk desakan rakyat batal kenaikan sewa kuaters Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...