KERAjaan tidak akan melindungi Zulpuri – Wan Azizah



Kerajaan tidak akan melindungi mana-mana pihak yang didapati bersalah menggunakan jentera dan aset kerajaan ketika berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, kata Timbalan Perdana Menteri, Wan Azizah Wan Ismail.

Ini kerana, katanya, perkara itu sepatutnya sudah jelas dan bertepatan dengan dasar kerajaan persekutuan yang ketika ini diterajui Pakatan Harapan (PH).

“Kalau betul dan terbukti bersalah, ia tetap salah... kita sudah bagi peringatan supaya semua (jentera) kerajaan tidak digunakan atau disalah guna (untuk PRK Cameron Highlands).


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

“Kita cuba untuk elakkan semua bentuk kontroversi... macam saya hari ini pun datang dengan kenderaan sendiri.

“Cuma disebabkan saya ada jawatan lain (timbalan perdana menteri), jadi adalah polis yang mengiringi (kenderaan)... itu pun saya cuba jarakkan kenderaan dengan kumpulan pengiring,” katanya yang dipetik oleh portal Berita Harian Online.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri Majlis Jamuan Makan Tengahari Bersama Penduduk Kampung Keledek, dekat Lipis, hari ini.

Wan Azizah mengulas mengenai insiden membabitkan Ahli Parlimen Raub merangkap Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji yang jelas salah guna kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang ketika berkempen pada PRK Cameron Highlands, hujung minggu lalu. - MK

[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

KERAjaan tidak akan melindungi Zulpuri – Wan Azizah KERAjaan tidak akan melindungi Zulpuri – Wan Azizah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 23, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...