Keprihatinan Zuraida, KPKT jenama semula Ah Long


Ah Long pula yang diutamakan. Utamakanlah rakyat wahai menteri-menteri

PUTRAJAYA - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan melakukan penjenamaan semula nama pemberi pinjam wang kepada jenama yang lebih mesra masyarakat bagi menangkis persepsi ramai bahawa syarikat berkenaan adalah 'ah long'.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, langkah itu juga bagi mengelak tuduhan mengaitkan syarikat pemberi pinjam wang yang menerima lesen dan diluluskan KPKT menjalankan perniagaan haram.

Katanya, penjenamaan semula itu dijangka dibuat Jun ini bagi menyedarkan masyarakat tentang kewujudan syarikat pemberi pinjam wang yang sah, sekali gus membantu mereka mendapatkan pembiayaan yang selamat.

"Peniaga-peniaga kecil atau sesiapa yang mahu membuat pinjaman boleh datang ke syarikat-syarikat ini yang dilindungi dengan akta tertentu dan ada prosedur operasi standard (SOP) tersendiri, maknanya peminjam dilindungi dengan cara baik dan sah.

"Berbanding pinjam dari ah long , mereka tidak terlindung dan terdedah kepada ugutan-ugutan. Kita lihat banyak kes sehingga membabitkan pembunuhan akibat pinjaman ini," katanya pada sidang media selepas Majlis Amanat Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sempena Tahun Baharu 2019, di sini, hari ini.

Sehingga kini, kira-kira 3,900 syarikat pemberi pinjam wang diluluskan telah KPKT.

Orang ramai boleh melakukan semakan syarikat pemberi pinjam wang yang sah di laman sesawang KPKT.

Mengulas tentang lesen import (AP) sisa plastik, Zuraida berkata, sehingga kini, belum ada keputusan diambil susulan permohonan 19 syarikat yang berdaftar dengan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) membuat permohonan memperbaharui lesen berkenaan sejak Oktober tahun lalu.

"Ada beberapa perkara yang saya nak perkemaskan lagi dan lepas itu boleh kita memberikan kelulusan untuk mereka import sisa plastik," katanya. - SH
Keprihatinan Zuraida, KPKT jenama semula Ah Long Keprihatinan Zuraida, KPKT jenama semula Ah Long Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...