Percayalah, kenaikan tarif air tidak membebankan rakyat – Menteri Air



Dulu janji semua turun. Sekarang janji kenaikan takkan bebankan rakyat. Kena kencing lagi macai PH

KUALA LUMPUR: Kadar tarif air mungkin akan dinaikkan secara berperingkat tahun ini selaras dengan usaha kerajaan untuk menstruktur semula industri perkhidmatan bekalan air di negara ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar berkata kenaikan tarif sumber asli tersebut perlu dilaksanakan bagi menjaga kepentingan pengguna untuk mendapatkan air berkualiti serta menjamin industri tersebut dari sudut perkhidmatan.

“Bagaimanapun, saya boleh katakan kenaikan ini tidak akan membebankan rakyat dan kami akan berunding dengan semua (kerajaan) negeri,” katanya semasa menjadi tetamu jemputan bagi program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel, malam tadi.

Beliau berkata kementeriannya bersama Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) sedang berunding dengan beberapa kerajaan negeri untuk mendapatkan persetujuan semua pihak sebelum dilaksanakan.

“Kita telah mengemukakan business plan kepada mereka (kerajaan negeri). Sekarang kerajaan negeri berbincang antara mereka…ada tanda-tanda menunjukkan mereka (kerajaan negeri) setuju untuk menaikkan tarif air,” katanya.

Kenaikan kadar tarif air masih belum ditetapkan kerana setiap negeri mempunyai kadar tarif yang berbeza, katanya. - FMT
Percayalah, kenaikan tarif air tidak membebankan rakyat – Menteri Air Percayalah, kenaikan tarif air tidak membebankan rakyat – Menteri Air Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...