PROTES: Kembar Mahathir diumpamakan seperti syaitan

 


Jika di Malaysia rakyatnya keluar membantah Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, di India pula rakyatnya keluar membantah kembarnya, Ketua Menteri Kerala Pinarayi Vijayan.

Pinarayi Vijayan kini sedang berhadapan dengan rakyatnya yang memprotes di atas satu penarikan dari larangan rasmi yang telah dikeluarkan pada September 2018. Lebih 100 orang yang cedera, seorang mati dan hampir 5,800 orang telah ditahan.

Menurut National Geographic, penarikan larangan rasmi yang melarang wanita yang berusia di antara 10 hingga 50 tahun memasuki kuil Sabarimala Kerala itu mencetuskan pemberontakan di kalangan penganut.

Walaupun larangan memasuki kuil bagi kaum wanita telah ditarik, tiada mana-mana wanita yang dapat masuk ke kuil itu kerana diancam oleh penganut yang ektrim.

Penganut berkumpul di kuil Sabarimala yang dikhususkan untuk dewa Ayyappa

Pernah dua wanita iaitu seorang peguam dan seorang lagi aktivis berjaya memasuki kuil itu dengan kawalan empat pegawai polis namun selepas beberapa ketika mereka keluar, kuil itu ditutup untuk disucikan dengan ritual tertentu.

Protes yang dilakukan oleh penganut sehingga bertukar menajadi ganas apabila ada penganut yang membaling batu-batu dan bom buatan sendiri (crude bombs).

Sebahagian wanita tidak dibenarkan memasuki sebahagian kuil kerana dianggap 'najis'.

Perempuan yang berumur 10 hingga 50 tahun ini dianggap dalam lingkungan subur dan 'bergetah' boleh menganggu dewa yang telah bersumpah atau telah berikrar tidak akan berkahwin.

Sebahagian yang menyokong pengharaman terhadap wanita-wanita memasuki kuil Sabarimala mengadakan 'candlelight vigil'. Protes telah menggoncang Kerala selepas Mahkamah Agung pada 2018 memutuskan bahawa semua wanita dibenarkan masuk ke kuil.

Pihak kuil mempertahankan larangan itu dengan alasan setiap kuil mempunyai keunikan prosedur tersendiri dalam ritual mereka, setiap dewa mempunyai caranya tersendiri.

Apabila ditanya adakah semua wanita dilarang memasuki kuil Sabarimala Kerala itu. Mereka menjawab, tidak. Hanya perempuan dalam lingkungan umur yang boleh melahirkan anak sahaja yang dilarang.

Jika di Kerala Ketua Menteri yang seiras muka Mahathir itu menarik larangan bagi perempuan untuk memasuki kuil, di Malaysia pula Perdana Menteri dilihat seolah-olah mahu menarik dan menghapuskan semua keistimewaan Melayu.

Ketua Menteri Karala diprotes kerana memberikan hak kepada kaum wanita untuk masuk kuil manakala di Malaysia, Perdana Menteri diprotes kerana mahu menarik pelbagai keistimewaan bagi kaum Melayu. – AbuLeman

Polis India menahan lelaki ketika mereka berarak di pejabat Ketua Polis Kerala. Lebih 100 orang yang cedera, seorang mati dan hampir 5,800 orang telah ditahan ketika protes terhadap penarikan larangan wanita masuk ke kuil Sabarimala.

Kiri Mahathir dan kanan kembarnya Ketua Menteri Kerala, Pinarayi Vijayan
PROTES: Kembar Mahathir diumpamakan seperti syaitan PROTES: Kembar Mahathir diumpamakan seperti syaitan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...