KECOH: Kit Siang masuk kawasan mengundi dengan logo PH



CAMERON HIGHLANDS: Penyokong Barisan Nasional (BN) dan PAS berang dengan tindakan penasihat DAP, Lim Kit Siang yang didakwa melanggar peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan memasuki kawasan tempat mengundi pilihan raya kecil (PRK) Cameron Highlands yang berlangsung hari ini.

Kekecohan tercetus apabila Kit Siang bersama beberapa individu, termasuk Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran bertindak memasuki kawasan 50 meter dari tempat mengundi di SJKC Brinchang sambil membawa bendera parti.

“Tidak boleh dekat 50 meter, kamu yang buat undang-undang, kamu sendiri langgar.

“Kalau kita buat kamu bising, tapi kamu buat boleh,” kata penyokong pembangkang yang berada di tempat kejadian sambil mendesak supaya Kit Siang dihalau keluar.

ARTIKEL BERKAITAN : Manogaran pakai baju berlogo PH masuk pusat mengundi

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang ditemui berkata, PH termasuk Kit Siang, sebagai parti pemerintah perlu menghormati undang-undang yang dibuat, bukannya bertindak sebaliknya.

“Kerajaan ke pembangkang ini? Kerajaan kena ikut undang-undang, tidak boleh macam ini,” katanya.

Kekecohan kemudian dileraikan oleh pihak berkuasa yang berapa di tempat kejadian selepas 10 minit.

Ketika ditemui media, veteran DAP itu enggan memberi sebarang komen.

“Tunggu dan lihat proses pengundian,” katanya.

Kit Siang bersama penyokong kemudian menaiki kenderaan dan beredar dari tempat kejadian. - FMT/AbuLeman


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]


KECOH: Kit Siang masuk kawasan mengundi dengan logo PH KECOH: Kit Siang masuk kawasan mengundi dengan logo PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...