KECOH: Hishammuddin tweet video lucah



PETALING JAYA: Media sosial kecoh selepas seorang ahli Parlimen Umno mengejutkan para pengikutnya pada Rabu, dengan 'menyukai' (like) satu posting pornografi yang mengandungi kandungan eksplisit, di akaun Twitternya.

Kekecohan itu membabitkan bekas naib presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein apabila kandungan erotik memaparkan video yang tidak ditapis.

Posting tersebut bertajuk "******* the stepmother with force" di mana video berkenaan menampilkan seorang wanita dengan berpakaian seksi di dapur selain penampilan seorang lagi pelakon di bahagian kiri.

Turut di-‘like’ adalah satu lagi video dipercayai berbahasa Indonesia berdasarkan tajuknya dan bertarikh 9 Ogos 2015.



Sejurus selepas status 'like' tersebut dikemaskini, beberapa pengikut menulis di Twitter Hishammuddin, dengan paparan skrin kandungan tersebut, bagi menuntut penjelasan.

"Sila perjelasakan (kepada) kami," kata pengguna @nurrrzuqmi.

Seorang lagi pengguna @mvtthvmzvh berkata "seseorang dari pada kumpulan media sosial anda akan menerima kesan teruk".

Ahli Parlimen Sembrong itu ketika dihubungi berkata, akaun Twitternya nampaknya telah diceroboh.

"Digodam. Budak-budak saya menyelesaikannya," katanya secara ringkas menerusi maklum balas di aplikasi WhatsApp, berserta tiga emotikon ketawa.

"Sekurang-kurangnya saya masih relevan," tambah Hishammuddin, yang sedang bercuti bersama keluarga di luar negara.

Difahamkan, bekas menteri pertahanan itu mempunyai sekumpulan kakitangan yang menguruskan platform media sosialnya.

Kandungan eksplisit itu telah ditarik keluar dari Twitter Hishammudin, dan berdasarkan semakan terhadap pengendali asal yang memuat naik posting itu mendapati akaun tersebut tidak lagi wujud. - The Star



KECOH: Hishammuddin tweet video lucah KECOH: Hishammuddin tweet video lucah Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 03, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...