Kami sepakat demi masa depan parti, ummah dan negara – Najib



KUALA LUMPUR 16 Jan. - Apa yang sedang dibincangkan oleh mereka?

Itulah yang terlintas di fikiran apabila melihat sekeping gambar dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam akaun Twitter beliau, malam tadi.

Persoalan itu timbul kerana tiga lagi individu yang sedang duduk semeja dengan beliau ialah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Presiden, Datuk Seri Mohamad Hasan dan Ahli Parlimen Sembrong yang juga bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.



Berserta dengan gambar itu, Najib menulis: "Kami sepakat demi masa depan parti, ummah dan negara."

Tidak pasti apa perancangan keempat-empat pemimpin itu.

Namun berdasarkan tulisan Najib itu, sudah tentunya berkaitan dengan survival UMNO serta orang Melayu. - UO
Kami sepakat demi masa depan parti, ummah dan negara – Najib Kami sepakat demi masa depan parti, ummah dan negara – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 16, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...