'Kalau PH datang rumah kita, halau!' – Tok Batin

Masyarakat Orang Asli di Pos Betau digesa menolak kerajaan Pakatan Harapan (PH) kerana pimpinan mereka mencemarkan maruah Orang Asli
PH telah mencemarkan batin-batin di sini dengan dakwaan menerima rasuah sehingga menyebabkan pilihan raya kecil Parlimen Cameron Highlands diadakan semula, kata Tok Batin Kampung Betang, Ahmad Selu.
Beliau berkata demikian dalam ucapan meraikan kehadiran bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak di Pos Betau Cameron Highlands hari ini.
"Kita jangan bagi peluang kepada Pakatan Harapan kerana mereka telah memfitnah bahawa kita di sini menerima rasuah. Kerana itu pilihan raya kita dulu dibatalkan.
"Hari ini mereka datang nak merayu kita untuk beri undi. Tak payah layan!
"Kalau dia datang rumah kita halau! Sebab dia cakap kita terima rasuah. Dia menjatuhkan maruah batin-batin di Ulu Jelai.
"Jadi batin-batin kena ingat tu. Kalau dia pergi kampung jangan layan." kata Tok Batin Kampung Betang, Ahmad Selu di ucapan alu-aluan sebelum memberi ruang kepada bekas perdana menteri untuk berucap. - MK/AbuLeman
[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
'Kalau PH datang rumah kita, halau!' – Tok Batin
Reviewed by Abu Leman Abu Seman
on
January 24, 2019
Rating:

No comments