Kalau berani Bob Manolan cabar aku depan-depan, aku berhenti sekarang! – Tok Batin



Beberapa tok batin Orang Asli membidas seorang senator PKR berhubung amarannya bahawa mereka mungkin kehilangan gaji dan jawatan jika tidak mengundi kerajaan persekutuan pada pilihan raya kecil 26 Jan ini.

Bercakap kepada Malaysiakini selepas sesi dialog dengan tok batin di kubu BN di Pos Betau, Jelai, ketua Kampung Tanjung Belida, Batin Apam Pak Adui berkata senator Bob Manolan Mohd telah memperlekehkan mereka serta tidak layak menjadi pemimpin.

“Tak sedap! Seolah-olah macam itu nak jadi pemimpin, tak boleh.



“(Ini) bermakna (dia) menjatuhkan (maruah) seorang batin itu. Kalau dia cabar depan aku berhenti, aku berhenti hari ini juga. Letak jawatan, tak pergi mengundi.

“Sedangkan aku ada kebun, aku boleh hidup juga. Aku tak minta sedekah dari mana-mana,” kata Apam dengan nada berang.

Senator Bob Manolan Mohd semasa sesi dialog dengan Tok Batin dari 18 kampung Semai di Pos Betau, pagi tadi juga mengingatkan mereka supaya menyokong kerajaan pusat dan menyokong calon Pakatan Harapan.



ARTIKEL BERKAITAN : Buang tok batin, jangan bayar gaji jika tak sokong PH

Sementara itu, Ketua Kampung Chekai, Batin Karim Andung juga membidas pemimpin dari PKR itu.

“Kalau mengikut batin-batin memang ada menyinggung perasaan (kami) lah. Sebab mereka mengaku batin-batin yang tidak menyokong PH bahawa elaun kami akan potong dan jawatan dibuang.

“Jadi kami tak risau sangat, sekarang jika mereka nak buang, buang. Kita tak ada masalah, kalau betul nak sokong masyarat Orang Asli, jangan cakap macam itu,” katanya.



Malah menurut Karim, kerajaan persekutuan yang memerlukan bantuan tok batin dan sokongan masyarakat Orang Asli.

“Mereka bagi (jawatan dan gaji), kita ambil. Mereka tak bagi, tak ada masalah.

“Tapi kalau tak ada batin, tak ada penghulu, kerajaan mana boleh tuju kalau dia nak panggil orang macam dia nak buat program. Mereka pun tak kenal (Orang Asli),” katanya.




Seperti Apam, Karim berkata beliau juga mempunyai tanaman sendiri seperti pisang, getah dan kelapa sawit jika gaji dan jawatan mereka dilucutkan.

Bagi Ketua Kampung Jelengok, Batin Rangan Pak Chongkel, adalah hak mereka untuk mengundi calon pilihan masing.

“(Majlis) anjuran kerajaan negeri kita hadir dengar, kerajaan pusat kita hadir dengar

“Sebab kita orang dari segi elaun memang kerajaan pusat bayar, salur ke Jakoa.

“Tunjuk muka saja, ini (hati) orang tak nampak. Rahsia itu undi yang penting muka kena dedahlah,” katanya.

Masyarakat Orang Asli membentuk kira-kira 20 peratus daripada pengundi Cameron Highlands.




Harapan akan mempertaruhkan M Manogaran dari DAP, yang tewas kepada calon MIC, C Sivarraajh dengan kurang daripada 600 undi pada pilihan raya umum lalu manakala BN mempertaruhkan seorang bekas pegawai polis kanan Orang Asli tempatan, Polis, Ramli Mohd Noor. - MK
Kalau berani Bob Manolan cabar aku depan-depan, aku berhenti sekarang! – Tok Batin Kalau berani Bob Manolan cabar aku depan-depan, aku berhenti sekarang! – Tok Batin Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...