Ini dah kenapa..., kata Najib



SHAH ALAM - Perkongsian sekeping gambar, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memaparkan adegan seorang lelaki masyarakat Orang Asli memeluk erat beliau menarik perhatian ramai warganet.

Perkongsian menerusi Facebook rasmi Najib Razak itu turut menyertakan kapsyen pada ruangannya statusnya berbunyi, 'Ini dah kenapa'.

Beliau turut menyelitkan emoji ketawa, sebagai tanda gurauan.

Coretan Apandi Yusof pada ruangan komen Facebook Najib, lelaki itu rindu dengan bekas Perdana Menteri keenam itu.

"Rindu dengan Datuk Seri Najiblah tu, terbaik bosku," komentarnya.

Sementara itu menurut, Putera Daeng Hakimi pelukan itu sebagai tanda lelaki itu merindui 'sesuatu' daripada pemerintahan Najib.

"Dia rindu BRIM, bantuan sekolah, bantuan raya, rindu bantuan musim tengkujuh, I Love U Datuk Seri Najib," katanya.

Dalam pada itu menurut, Laila Tan pula berkata, perasaannya bercampur baur tatkala menatap gambar berkenaan.

"Perasaan saya bila tengok gambar ini, saya turut tersenyum tapi dalam masa yang sama saya rasa sebak, hanya ALLAH yang tahu keikhlasan di dalam hati hamba ALLAH yang memeluk erat Datuk Seri Najib itu, semoga ALLAH merahmati," katanya.

Najib hari ini turun ke Cameron Highlands untuk beramah mesra bersama penduduk di sana, beliau turut menyantuni masyarakat Orang Asli Kampung Raja Cameron Highlands. - SH
Ini dah kenapa..., kata Najib Ini dah kenapa..., kata Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 17, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...