'Ini bukan cool, ini kebodohan' team Syed Saddiq dikecam guna telefon di pam minyak



FOTO Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang dikongsi menerusi akaun Twitter pasukan komunikasi @teamsaddiq pada Ahad mengundang pelbagai komen netizen.

Menerusi foto itu, Syed Saddiq bersandar di sisi sebuah kereta dengan kaki bersilang sambil mengisi minyak ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

Foto itu pantas menarik perhatian ramai memandangkan perbuatan menggunakan telefon bimbit berdekatan pam minyak adalah berbahaya dan dilarang sama sekali.


Pada Isnin, laman Twitter rasmi Petronas, @Petronasbrands turut berkongsi semula posting berkenaan.

"Terima kasih singgah stesen PETRONAS!

"Walau bagaimanapun, keselamatan tetap diutamakan. Jangan guna telefon berdekatan pam minyak ya.

"Terima kasih juga kepada semua yang sangat prihatin," tulis pengendali akaun itu.

Rata-rata netizen turut meninggalkan komen mengenai risiko penggunaan telefon bimbit di stesen minyak.

"Mana boleh main telefon kat pam minyak, meletup nanti," tulis seorang netizen.


Segelintir individu turut memuat naik foto papan tanda larangan penggunaan telefon menerusi ruangan balas Tweet berkenaan. Ttidak kurang juga yang mengecam dan menegur perbuatan team menteri itu yang tidak mementingkan keselamatan pelanggan yang lain.

"Sebelum sampai Cameron dah buat kesalahan.. hmmm menteri apa ni", komen Naufal

"Ini bukan cool, ini buat kerja bodoh. Kalau meletup korang mati takpe, tapi macam mana dengan customer lain?", soal bob.


Untuk rekod, seorang wanita melecur 60 peratus di bahagian badan akibat disambar api berikutan tindakannya mengisi minyak dan cuba menjawab telefon bimbitnya.

Menerusi laporan mStar Online pada 1 Julai 2016, wanita itu dipercayai membuka pintu belakang sebelah kiri keretanya untuk mengambil telefon bimbitnya yang sedang berdering, sambil tangannya memegang muncung minyak petrol. - MS/AbuLeman
'Ini bukan cool, ini kebodohan' team Syed Saddiq dikecam guna telefon di pam minyak 'Ini bukan cool, ini kebodohan' team Syed Saddiq dikecam guna telefon di pam minyak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...