Ingat aku takut ke dengan TMJ? – Ahli Majlis Daerah Pontian



Seorang Ahli Majlis Daerah Pontian semalam telah membuat satu hantaran di akaun facebook miliknya mengecam dan mencabar Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Di hantaran tersebut, Ahli Majlis Daerah Pontian atau dengan menggunakan nama Kamarul Ariffin telah memperlekehkan TMJ merujuk kepada satu artikel yang dimuat naik oleh TMJ yang bertajuk 'MAAFKAN SAYA'.

"Elehh... nak mintak simpati dan alihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar... Taktik macam ni dah basi lah Tunku...," komen Kamarul Ariffin.

Kamarul juga turut mempersoalkan isu Pulau Kukup dengan mendakwa kerabat DiRaja Johor telah mengambil pulau itu secara tidak sah. Kamarul mendesak agar TMJ memulangkan pulau itu kepada rakyat yang mana diakhir ayatnya diakhiri dengan tanda seruan.

"Pulau Kukup apa cerita Tunku? Adakah Pulau Kukup akan dibangunkan sebagai Forest City kedua ataupun 'Kukup City' pada masa akan datang?

"Ingat Tunku, Pulau Kukup bukan harta pusaka nenek moyang Tunku dan kerabat diraja Johor.

ARTIKEL BERKAITAN :

PULAU KUKUP: Mahathir dah nyanyuk – TMJ

TMJ: Kenapa Mahathir masuk campur isu tanah Pulau Kukup, tetapi tidak isu tanah kuil Seafield?

"Pulau Kukup adalah milik rakyat dan sila pulangkan Pulau Kukup kepada rakyat!" desak Kamarul kepada TMJ.

Di bahagian komen di hantarannya, Kamarul Ariffin telah dinasihatkan oleh sahabatnya agar berhati-hati dengan komen yang dibuat kerana jika ianya tidak benar mungkin akan dikenakan dan ditahan namun tidak dipedulikan oleh Kamarul.

Sebaliknya Kamarul membalas komen tersebut dengan nada yang sombong dan bongkak,

"Ada aku takut ke? Aku tengah tunggu jer ni..."

Namun setelah diperiksa hari ini hantaran yang dibuat oleh Kamarul Ariffin tidak dapat diakses kerana mugkin telah dipadam.


Kamarul Ariffin adalah merupakan seorang ahli DAP, atau lebih tepat seorang Pegawai Khas kepada Adun Pekan Nanas, Yeo Tung Siong. Kamarul juga telah dilantik sebagai Ahli Majlis Daerah Pontian.

Tindakan Kamarul sebagai Pegawai Khas kepada Adun Pekan Nanas adalah tidak sepatutnya berlaku dan wajar dikenakan tindakan yang sepatutnya oleh parti dan pihak berkuasa.

Tindakannya telah mencemarkan nama baik Adun Pekan Nanas dan lebih parah telah mencemarkan nama TMJ, Sultan Johor dan seluruh kerabat DiRaja Johor. – AbuLeman

ARTIKEL BERKAITAN : Ahli Majlis Pontian tetap berpendirian Pulau Kukup telah dirampas oleh Istana Johor






Ingat aku takut ke dengan TMJ? – Ahli Majlis Daerah Pontian Ingat aku takut ke dengan TMJ? – Ahli Majlis Daerah Pontian Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...