Individu bogel tunggang motosikal dari Batu Pahat ke Ayer Hitam



JOHOR BAHRU 26 Jan. - Kelakuan tidak senonoh seorang lelaki yang menunggang motosikal dalam keadaan berbogel didakwa di jalan Ayer Hitam ke Kluang, tular di media sosial, hari ini.

Gelagat lelaki tersebut yang menunggang tanpa seurat benang itu menyebabkan pengguna jalan raya mengambil gambar dan memuat naik di laman sosial sehingga tular.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Mohd. Abduh Ismail berkata, ekoran tularnya gambar itu, polis kini sedang giat mengesan sekali gus menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Lelaki itu jika didapati normal boleh dikenakan tindakan kerana berkelakukan tidak senonoh dan mengganggu ketenteraman awam.

“Ekoran penularan gambar itu di laman sosial, polis sedang giat menyiasat dan mengesan penunggang lelaki berkenaan,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Sehubungan itu, beliau menyeru orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menyalurkan informasi ke balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu pejabat Polis Daerah Kluang. - UO

Menurut halaman Facebook Persatuan Bangsa Johor, lelaki bogel itu menunggang motosikal dari Batu Pahat dan ketika gambar itu diambil sudah sampai di Ayer Hitam.
Individu bogel tunggang motosikal dari Batu Pahat ke Ayer Hitam Individu bogel tunggang motosikal dari Batu Pahat ke Ayer Hitam Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...