Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan


"Teruskan pendedahan mereka-mereka yang telah menghina Agong. Next doktor Mediviron. Jangan ingat bole terlepas..!

KUALA LUMPUR 9 Jan. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menahan tiga individu yang memuat naik komen berunsur hinaan dalam media sosial terhadap Sultan Muhammad V berkaitan isu peletakan jawatan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XV, semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, penahanan itu dilakukan selepas pihaknya menerima beberapa laporan polis berhubung tindakan pemilik-pemilik akaun tersebut.

“Kita telah menahan pemilik akaun Facebook, Eric Liew Chee Ling, 45, selain pemilik akaun Twitter, Azham Akhtar Abdullah, 26, dan Nur Alia Astaman, 25, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1984,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohamad Fuzi turut menasihatkan masyarakat supaya menggunakan medium laman sosial secara berhemah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat provokatif atau memanipulasi isu peletakan jawatan Yang di-Pertuan Agong XV sehingga boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negara ini. - UO












ARTIKEL BERKAITAN :
  
'Agong terlalu sibuk berzina', Pengurus syarikat Cisco diburu

KECOH: Kakitangan Cisco halang serahan memorandum bantah Eric Liew

Eric Liew tidak lagi bekerja dengan Cisco ASEAN


'Fu*k royals', Eksekutif TNB pula diburu hina Agong

'Fu*k royals', pasangan digantung kerja sementara siasatan 
Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan Hina Agong: Eric Liew, Azham Akhtar, Nur Alia ditahan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 09, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...