Harga siling RON95 RM2.20 bukan RM1.50 – Guan Eng
Harga mingguan untuk petrol RON95 akan dihadkan kepada RM2.20, bukan RM1.50 seperti yang dijanjikan di dalam kempen sebelum Pilihan Raya Umum ke-14.
Menurut Menteri Kewangan. Lim Guan Eng, sistem apungan harga bahan api secara mingguan yang akan dimulakan dalam minggu ini berbeza dari sebelumnya.
ARTIKEL BERKAITAN : Harga RON97, RON95, diesel tak jadi turun
"Kali ini, pengguna akan menikmati harga murah sekiranya harga pasaran turun. Jika ia meningkat melepasi had RM2.20 seliter, ia akan disubsidikan oleh kerajaan," terang beliau.
Harga baharu bahan api petroleum akan diumumkan oleh menteri kabinet selepas mensyuarat mereka hari ini.
Ia sepatutnya bermula semalam tetapi pihak kerajaan mahu mendengar komen dari Persatuan Pengedar Petrol Malaysia (PDAM) dahulu sekaligus memungkiri janji kepada rakyat untuk entah berapa kali. – Careta/AbuLeman
Harga siling RON95 RM2.20 bukan RM1.50 – Guan Eng
Reviewed by Abu Leman Abu Seman
on
January 02, 2019
Rating:

No comments