Jabatan Perangkaan tak sengaja dedah harga getah jatuh di bawah PH



KUALA LUMPUR 14 Jan. - Harga purata Getah Lateks Pekat dan Getah Mutu Malaysia masing-masing jatuh sebanyak 5.2 peratus dan 6.2 peratus pada November 2018 berbanding Oktober 2018.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, harga purata Getah Lateks Pekat pada bulan itu direkodkan 380.63 sen sekilogram manakala harga purata Getah Mutu Malaysia pada 509.35 sen sekilogram.

Sementara itu, pengeluaran getah asli pula meningkat sebanyak 1.9 peratus kepada 52,174 tan metrik berbanding 51,209 tan metrik pada Oktober.

“Perbandingan tahun ke tahun menunjukkan pengeluaran menurun 11.1 peratus,” kata jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini.

Turut dinyatakan, eksport getah asli pada November berjumlah 52,943 tan metrik, pengurangan 2.3 peratus berbanding Oktober manakala destinasi utama getah asli dieksport ialah ke China, iaitu 56.9 peratus daripada jumlah keseluruhan eksport diikuti Jerman (11.9 peratus), Finland (4.6 peratus), Iran (3 peratus) dan Korea Selatan (3 peratus).

“Penggunaan domestik getah asli pada November ialah 42,834 tan metrik berbanding 44,771 tan metrik pada Oktober, pengurangan sebanyak 4.3 peratus.

“Industri sarung tangan getah sebagai pengguna utama menggunakan sebanyak 76.4 peratus (32,744 tan metrik) daripada jumlah keseluruhan penggunaan domestik getah asli,” katanya.

Jabatan Perangkaan turut memaklumkan, stok getah asli pada November naik sebanyak 2.6 peratus kepada 169,920 tan metrik berbanding 165,550 tan metrik pada akhir Oktober. - UO



Jabatan Perangkaan tak sengaja dedah harga getah jatuh di bawah PH Jabatan Perangkaan tak sengaja dedah harga getah jatuh di bawah PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...