FB diserang, boikot Go Shop, boikot Chef Wan,



KUALA LUMPUR 20 Jan. - Gara-gara Chef Wan mengeluarkan ayat mahu menampar muka bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Facebook Go Shop Malaysia diserang warganet.

Dalam ruangan komen Facebook perkhidmatan membeli-belah yang disiarkan di Astro itu, warganet mengesa agar chef berkenaan diboikot.

"Boikot Chef Wan Boikot Go Shop, Boikot Chef Wan Boikot Go Shop, Boikot Chef Wan Boikot Go Shop" tulis beberapa pelayar Facebook.

"Kecewa dengan Go Shop. Lantik duta kurang ajar macam ni, orang bisnes orang artis mana boleh kurang ajar kalau nak sokong mana-mana politik. Go Shop mesti buat sesuatu jangan buat-buat tak tau," tulis Zery Alfayeid.

"No more go shop for me. Go shop please tell Chef Wan to have some manners," komen Ali Muhahid.

ARTIKEL BERKAITAN: Chef Wan minta maaf pada Najib

Astro GS Shop merupakan pengendali perkhidmatan membeli-belah berjenama Go Shop yang beroperasi 24 jam menerusi Astro Pay TV, NJOI dan Astro On The Go, selain perkhidmatan e-dagang atas talian dan mudah alih. Chef Wan antara duta rangkaian tersebut.

Memetik laporan Malaysiakini, Chef Wan berkata mahu menampar muka Najib semasa hadir berkempen untuk PH di Felda Sungai Koyan 1 di Jelai hari ini.

Puncanya, Chef Wan tidak merestui langkah Felda - semasa ditadbir kerajaan BN - memberikan imbuhan kepada peneroka yang dianggapnya rasuah. Kata Chef Wan pemberian wang berkenaan tidak bermakna jika pada waktu yang lain kerajaan BN 'merompak' agensi terbabit sehingga bankrap.

"Macam mana kamu (Najib) boleh biarkan Felda disalah urus begitu? Come on!

"Kamu letak Isa Samad (bekas pengerusi Felda) di situ dengan tahu ada bermacam hal dia buat sebelumnya.

"Kalau dia (Isa) ada di sini I tampar muka dia," katanya.

Tidak puas dengan kenyataan itu Chef Wan juga menyatakan dia mahu menampar Najib.

“I tampar muka Najib tu, kurang ajar!" katanya. - UO
FB diserang, boikot Go Shop, boikot Chef Wan, FB diserang, boikot Go Shop, boikot Chef Wan, Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...