Eric Liew tidak lagi bekerja dengan Cisco ASEAN



KUALA LUMPUR 8 Jan. - Cisco ASEAN mengesahkan individu bernama Eric Liew yang terbabit dengan isu menghina Sultan Muhammad V di media sosial tidak lagi bekeraja dengan syarikat tersebut.

Cisco ASEAN dalam satu kenyataan malam tadi turut menyesal dan memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku.

"Cisco menghormati tradisi dan undang-undang Malaysia.  Kenyataan itu dibuat oleh pekerja dalam kapasiti peribadi dan tidak mewakili pandangan Cisco.

ARTIKEL BERKAITAN : 'Agong terlalu sibuk berzina', Pengurus syarikat Cisco diburu



"Kami sangat menyesal atas sebarang kesulitan dan meminta maaf. Pekerja tersebut juga telah mengeluarkan permintaan maaf dan tidak lagi berkhidmat dengan syarikat ini," kata Cisco ASEAN dalam satu kenyataan di Facebook.

Namun kenyataan tersebut tidak menyatakan secara jelas sama ada Eric meletakkan jawatan atau dipecat.

Kelmarin Eric didakwa memberikan komen jelek terhadap Sultan Muhammad V berhubung peletakan jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong dalam sebuah hantaran di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN : KECOH: Kakitangan Cisco halang serahan memorandum bantah Eric Liew



Akibat berang dengan tindakan itu, rata-rata warganet menyerang laman Facebook Cisco ASEAN dengan mendesak syarikat tersebut mengambil tindakan terhadap Eric.

Eric kemudian dalam satu hantaran menerusi laman Facebook peribadinya memohon maaf atas komen jelek yang dilakukannya terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong itu.

Kata Eric, beliau telah membuat komen tidak sepatutnya terhadap Sultan Muhammad V. - UO



Eric Liew tidak lagi bekerja dengan Cisco ASEAN Eric Liew tidak lagi bekerja dengan Cisco ASEAN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...