Ebby Yus terkejut diziarahi Najib Razak



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, beliau hanya turun berkempen untuk membantu calon Barisan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Sambil merendah diri, beliau berkata, terpulang kepada orang lain untuk membuat penilaian sumbangannya.

“Takkan saya nak kata aura saya, terpulang kepada orang lain lah buat penilaian.

“Saya cuma pergi bantu calon berdasarkan pada kehendak orang tempatan dan Menteri Besar Pahang (Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail) sebagai pengarah jentera pilihan raya, dia menentukan sama ada saya patut turun atau tidak.



“Kalau orang tak hendak, saya tak turun, kalau orang hendak baru saya turun,” katanya kepada pemberita selepas melakukan ‘walkabout’ di pasar tani Tapah, pada Ahad.

Keputusan PRK Cameron Highlands pada Sabtu menyaksikan calon BN, Ramli Mohd Noor menang dengan majoriti lebih besar iaitu 3,238 undi menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), M Manogaran 8,800 undi; calon Bebas, Sallehudin Ab Talib (314 undi) dan Wong Seng Yee (276 undi).

Najib turut mengakui kemenangan calon BN di Cameron Highlands juga adalah manifestasi rasa tidak puas hati rakyat terhadap kerajaan PH.

Ditanya sama ada akan terus membantu kempen pada PRK Semenyih, Najib berkata, setiap kawasan berbeza.




Singgah Melawat Ebby Yus

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak berjumpa dengan pelakon Ebby Yus untuk melihat keadaan artis itu.

"Orang macam Ebby Yus, orang seni apabila dia sakit, dia akan terputus mata pencarian. Jadi orang patut tampil ke hadapan.

"Bila saya datang ni mudah-mudahan saya dapat ketengahkan kesusahan dia pada orang ramai," kata Najib ketika ditanya dengan wartawan-wartawan.

Najib turut menambah, KERAjaan patut membantu golongan seni seperti ini apabila terkena musibah memandangkan mata pendarian mereka yang tidak menentu, jika tidak bekerja tiada pendapatan.



"Ada yayasan ketika pentadbiran saya dulu, yang dikendalikan oleh para artis sendiri, saya beri dana dari semasa ke semasa. saya harap yayasan itu dapat diteruskan." Tambah Najib lagi.

Tidak lama selepas itu Najib Razak memuat naik satu ciapan ringkas di akaun twitter miliknya menceritakan tentang keadaan Ebby Yus.

"Di rumah Ebby Yus tadi. Masih ingat lagi rancangan komedi beliau. Saya doakan agar kembali sihat seperti sediakala." kata Najib di Twitter.

Semoga Abby Yus sihat seperti sediakala. - KLViral/AbuLeman




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Ebby Yus terkejut diziarahi Najib Razak Ebby Yus terkejut diziarahi Najib Razak Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...