Sukarelawan naik bas jadi duit minyak apa tu? Minyak cap kapak ke? – Najib



CAMERON HIGHLANDS 14 Jan. - Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mempertikaikan alasan Pakatan Harapan (PH) kononnya wang yang diberikan kepada sekumpulan pemuda ketika kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands adalah duit minyak.

Menurutnya, alasan itu tidak wajar kerana beliau difahamkan sukarelawan yang datang ke pusat penamaan calon di Tanah Rata di sini pada Sabtu lalu dibawa menaiki bas.

Beliau berkata, jadi adalah pelik apabila sukarelawan tersebut diberikan duit kerana mereka tidak menggunakan kenderaan sendiri.

"Saya dimaklumkan oleh masyarakat di sini, semasa mereka (sukarelawan) pergi pusat penamaan calon, dia (PH) bawa berbas-bas dan mereka beri makan.


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]

"Jadi tak kan orang yang berjalan kaki nak pakai minyak, mereka nak pam minyak di mana? Kalau nak bagi alasan pun bagilah yang logik sikit, macam mana orang berjalan kaki nak tuang minyak," katanya.

Secara menyindir Ka sing berkata, mungkin duit yang diberikan oleh PH itu untuk 'minyak sawit' atau 'minyak wangi untuk sukarelawan yang dimaksudkan.

"Saya pun tak tahu duit itu untuk minyak apa. Mungkin minyak sawit, minyak wangi atau mungkin juga minyak angin," ujar beliau.

Ka Siong turut mempertikaikan pemberian wang tersebut kepada mereka yang bergelar sukarelawan kerana istilah sukarelawan itu bermaksud seseorang yang memberikan khidmat secara sukarela.


ARTIKEL BERKAITAN :

Gambar PH rasuah penduduk Cameron Highland tular

SKMM cari dalang sebar gambar PH rasuah penduduk #PRKCameronHighland

"Kalau begitu bolehlah tukar tafsiran sukarelawan ialah 'seseorang yang menawarkan perkhidmatan tetapi mengharapkan duit minyak. Itu cadanganlah kalau itu maksudnya," katanya.

Sementara itu bekas perdana menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul razak turut memberi komen setelah mengetahui sukarelawan-sukarelawan itu menaiki bas.

"Oh. Sukarelawan dibawa dengan bas, rupanya.

"Kalau PH nak bagi duit minyak pun, bagilah pada pemandu bas.


ARTIKEL BERKAITAN :

Beri pengundi 'duit minyak' ialah rasuah, kata SPRM

RASUAH: SPR tak boleh buat apa, lapor polis – Azhar #PRKCameronHighland

"Mengapa nak bagi duit minyak kepada penumpang bas?

"Duit minyak apa itu?

"Minyak cap kapak kerana penumpang pening dalam perjalanan bas?

"Patutlah media semalam melaporkan DAP perlu bermesyuarat berjam-jam sebelum mampu mengeluarkan penjelasan untuk gambar-gambar tular itu." komen Najib di Facebook beliau. – UO/AbuLeman







Sukarelawan naik bas jadi duit minyak apa tu? Minyak cap kapak ke? – Najib Sukarelawan naik bas jadi duit minyak apa tu? Minyak cap kapak ke? – Najib Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 14, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...