Tukang masak berhenti, Donald Trump terpaksa jamu makanan segera di White House



Presiden Donald Trump terpaksa memesan makanan segera dari McDonald’s, Burger King, piza dan juga Wendey selepas semua tukang masak di White House berhenti kerja.

Semua tukang masak tersebut antara 800,000 kakitangan kerajaan yang tidak dibayar gaji susulan penutupan separa agensi persekutuan ekoran kedegilan Trump berhubung pembinaan tembok sempadan AS-Mexico.

Baru-baru ini Trump menjamu pemain ragbi Clemson dengan makanan segera yang dihidangkan di atas piring besar berwarna perak.

Trump mendedahkan dia pada awalnya mahu menghidangkan salad hasil tangan isterinya, Melania Trump tetapi mengubah fikirannya dengan memesan makanan segera.

“Saya fikir itu makanan kegemaran mereka (atlet).

Trump memesan kira-kira 1,000 hamburger bersama dengan nuget ayam dan piza.
“Kami memesan makanan segera Amerika. Dibayar oleh saya. Banyak hamburger, piza dan saya fikir mereka suka lebih daripada apa yang kami berikan.

“Kami mempunyai ramai orang yang suka makan, jadi saya fikir ia sedikit menyeronokkan,” katanya.

Trump berkata dia memesan kira-kira 1,000 hamburger untuk dihantar ke White House bersama dengan nuget ayam dan juga piza.

“Saya tiada pilihan. Kami tiada makanan kerana berlaku penutupan atau adakah kami akan jamu anda dengan salad yang dihasilkan first lady. Dan saya kata, anda tidak gemar makan salad,” katanya.

Ia adalah kunjungan kedua pasukan ragbi Clemson ke White House sejak Trump menjadi presiden.

The Tigers bertemu Trump buat kali terakhir pada Jun 2017.

Trump menggelar Clemson sebagai pasukan hebat dan luar biasa. – Metro.co.uk


[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Tukang masak berhenti, Donald Trump terpaksa jamu makanan segera di White House Tukang masak berhenti, Donald Trump terpaksa jamu makanan segera di White House Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 21, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...