Diremoved WhatsApp group, Isham Jalil ambil tindakan undang-undang




PUTRAJAYA - Pengerusi Sukarelawan Malaysia, Isham Jalil akan memfailkan saman ke atas pihak yang membuang namanya daripada kumpulan aplikasi WhatsApp Persatuan Penduduk Presint 10 Putrajaya (kejiranan Seri Perdana, kediaman rasmi Perdana Menteri).

Katanya, WhatsApp itu bukan WhatsApp group biasa, ia adalah group persatuan penduduk yang berdaftar.

"Saya adalah tuan punya satu 'property' di sana.

"Namun kini saya tidak lagi boleh 'posting' dan mengikuti perkembangan kejiranan saya di Presint 10 Putrajaya. Ini adalah satu bentuk diskriminasi dan double standard. Saya tahu undang-undang dan saya tahu hak saya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dakwanya namanya telah dibuang daripada kumpulan WhatsApp itu kerana dia selalu berkongsi bahan-bahan dan artikel mengkritik kerajaan.

"Saya pasti ini adalah kerana desakan daripada penyokong-penyokong Kerajaan PH atau admin sendiri yang tidak tahan dan 'panas' apabila membaca artikel-artikel dan hujah-hujah berfakta yang saya tulis yang tidak menyebelahi mereka," dakwanya.

Dakwanya, selama ini terutama sebelum PRU14 banyak posting-posting anti-BN dan maki hamun serta cerca kepada bekas Perdana Menteri (Datuk Seri Najib) pada ketika itu dalam kumpulan WhatsApp itu tetapi tiada siapa pun dibuang daripada kumpulan tersebut.

"Oleh itu admin dan beberapa orang dalam persatuan penduduk penyokong PH ini telah membuang saya atas sebab pendirian politik saya," dakwanya. - SH
Diremoved WhatsApp group, Isham Jalil ambil tindakan undang-undang Diremoved WhatsApp group, Isham Jalil ambil tindakan undang-undang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 02, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...