DAP yang tentukan kedudukan saya sebagai PM – Mahathir



KUALA TERENGGANU 7 Jan. - Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengakui DAP memainkan peranan penting dalam menentukan segala perkara dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) termasuk berkaitan kedudukannya sebagai Perdana Menteri.


Dr. Mahathir berkata, memang pada awalnya dalam politik, DAP adalah sebuah parti seteru namun keadaan telah berubah menjadikan parti tersebut sebagai rakan sekutu kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) di bawah satu pakatan, PH.


“Saya tahu ada pendapat mengatakan DAP parti musuh, tapi saya nak bagi tahu bahawa yang tentukan saya akan jadi pengerusi PH dan bakal PM (Perdana Menteri) jikalau menang dalam PRU lalu adalah DAP.


“Mereka (DAP) tentukan siapa pemimpin dan siapa akan pegang jawatan selepas berjaya ambil alih kerajaan, semuanya ini datang dari DAP. Jadi, kalau orang kata (DAP) musuh, kenapa pilih saya,” katanya.


Dr. Mahathir yang juga Pengerusi PH merangkap Pengerusi Bersatu menyatakan perkara itu ketika berucap merasmikan Pejabat Bersatu Negeri Terengganu di Ladang Tok Pelam di sini hari ini. - UO

Seolah-olah nak beritahu DAP dah pegang 'telur' dia. Maklum la, berapa kerusi je. 
DAP yang tentukan kedudukan saya sebagai PM – Mahathir DAP yang tentukan kedudukan saya sebagai PM – Mahathir Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 08, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...