Calon BN pernah Islamkan 20 Orang Asli #PRKCameronHighland



KUALA LUMPUR 11 Jan. - Buat pertama kalinya, Barisan Nasional (BN) meletakkan bekas pegawai kanan polis yang juga wakil kaum Orang Asli, Ramli Mohd. Nor sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Cameron Highlands.

Pemilihan Ramli adalah berdasarkan faktor yang diterima semua pihak selain mendapat kepercayaan daripada penduduk tempatan serta latar belakangnya yang baik dan kuat.

Timbalan Pengerusi BN, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, Ramli juga mempunyai pertalian yang kuat dengan pemimpin-pemimpin Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands.

Katanya, calon berkenaan akan bertanding atas tiket BN sebagai ahli secara langsung seperti yang pernah dijalankan di Sarawak.

ARTIKEL BERKAITAN : PAS ikrar bantu BN di PRK Cameron Highlands

“PRK ini kita perlu menang setelah pihak pembangkang gagal empat PRK yang lalu. Kita harap dapat meletakkan titik noktah bahawa kerusi yang dimenangi BN di sini (Cameron Highlands) dapat dipertahankan.

“Misi kita untuk menang untuk pastikan BN bangkit selepas hadapi tsunami politik pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14). Keyakinan kita untuk menang adalah 85 peratus,” katanya dalam sidang akhbar di Hotel Seri Pacific di sini hari ini.

Yang turut hadir dalam sidang akhbar itu ialah Presiden MIC, Tan Sri S.A. Vigneswaran dan barisan kepimpinan tertinggi UMNO.

Cameron Highlands mencatatkan jumlah pengundi seramai 32,048 dengan Melayu sebanyak 34.24 peratus; Cina (32.29 peratus); India (12.48 peratus) dan lain-lain 20.98 peratus.

Asisten Komisioner Polis Bersara (ACP Bersara) G/10460 Ramli Bin Dato’ Mohd Nor dilahirkan pada 1 Oktober tahun 1958 di Penempatan Orang Asli Batu 12, Jalan Pahang, Gombak, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN : MIC: Orang Melayu takkan undi orang India kerana isu kematian Muhammad Adib

Ayahanda beliau berketurunan Orang Asli Semenanjung dari suku kaum Semai, Cameron Highland, Pahang manakala bondanya suku kaum Termiar, Gua Musang Kelantan.

Beliau merupakan Pegawai Kanan Polis berketurunan Orang Asli Semenanjung yang menyandang pangkat tertinggi dalam perkhidmatan Polis Diraja Malaysia buat ketika ini. Beliau telah bersara wajib daripada perkhidmatan Polis DiRaja Malaysia pada tarikh 1 Oktober 2018.

Atas mengenang jasa-jasa beliau kepada bangsa, Negara dan agama semasa berkhidmat dalam PDRM, DYMM Sultan Pahang telah menganugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) kepada beliau yang membawa gelaran Dato’ selepas beliau bersara.

Dari sudut aktiviti kemasyarakatan, beliau merupakan seorang penggerak dakwah Islamiah di kalangan masyarat Orang Asli Cameron Highlands dan beliau sendiri telah membawa lebih 20 Orang Asli untuk memeluk agama Islam.

Beliau merupakan pengasas pergerakan Umno di kalangan masyarakat Orang Asli Cameron Highlands selepas beliau bersara dari PDRM.



Kelulusan Akademik

1. Candidate PhD in Business (IUMW)
International University Malaya-Wales

2. Master in Public Administration (OUM) with Distinction
Open University Malaysia (Chancellor Award)

3. Bachelor of Arts in Business Studies (Hons) (First Class)
University of East London U.K. (UEL)

4. Diploma in Police Science (UKM)
National University of Malaysia

5. Diploma in Public Administration (ITM)
Mara Institute of Technology Malaysia

6. Certificate in Criminal Justice Education
University of Virginia VA. USA

7. Federal Bureau of Investigation (FBI) National Academy
Graduate 244th Session, Quantico, Virginia USA


Anugerah dan Pingat

1. Pingat Peringatan Jasa Pahlawan Negara (PJPN) - 2018
Awarded by Ketua Polis Negara

2. Bintang Panglima Pasukan Polis (Pg.PP) - 2017
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong Malaysia

3. Bintang Kesatria Mangku Negara (KMN) - 2016
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong Malaysia

4. Pingat Pekerti Terpilih (PPT), NS - 2008
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan

5. Pingat Ahli Mangku Negara (AMN) - 2007
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong Malaysia

6. Bintang Pahlawan Pasukan Polis (PPP) - 2005
Awarded by His Royal Highness Yang DiPertuan Agong Malaysia
Calon BN pernah Islamkan 20 Orang Asli #PRKCameronHighland Calon BN pernah Islamkan 20 Orang Asli #PRKCameronHighland Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...