Sapu Projek Kerajaan: Cadangan Rashid terjemah pendirian Bersatu



Nak sapu projek kerajaan nanti nampak sangat. So, ajak ramai-ramai sapu projek kerajaan. Tak padan 16 kerusi habis semua nak sapu.

KUALA LUMPUR - Cadangan Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman agar ketua-ketua bahagian dan cawangan diberikan projek jelas menunjukkan isu dana masih membelenggu parti politik.

Penganalisis politik, Datuk Mohd. Aidit Ghazali berkata, apabila cadangan itu diutarakan membuktikan pemimpin politik PH tidak boleh menjalankan tugas tanpa dana sama ada dari­pada projek atau lain-lain saluran.

“Ucapan Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman juga membuktikan kata-kata tokoh Bersatu sebelum ini bahawa pemimpin mereka tidak mengambil projek kerajaan adalah tersasar.

ARTIKEL BERKAITAN : Bodohlah kalau kita tak ambil projek kerajaan – Naib Presiden Bersatu


“Jika cadangan itu diterima ibarat meludah ke muka sendiri apabila mereka kini inginkan projek kerajaan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Dalam sesi penggulungan Perhimpunan Agung Tahunan Kali Kedua parti itu semalam, Abdul Rashid mencadangkan agar ketua bahagian dan cawa­ngan Bersatu diberikan projek kerajaan supaya memperoleh lebih wang dan peluang bagi mempertahankan kemenangan parti dan Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya akan datang.

Sementara itu, Felo Penye­li­dik Undang-undang dan Per­lembagaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Dr. Muhammad Fathi Yusof memberitahu, cada­ngan Abdul Rashid agar Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dikembalikan di negeri-negeri pembangkang tidak seharusnya dilaksanakan.

“JPP ini tidak sah dari sudut Perlembagaan kerana urusan kerajaan tempatan dan kepe­mimpinan di peringkat kampung perlu ditentukan oleh kerajaan negeri,”katanya. – UO

ARTIKEL BERKAITAN : Sapu Projek Kerajaan: Abdul Rashid digesa letak jawatan
Sapu Projek Kerajaan: Cadangan Rashid terjemah pendirian Bersatu Sapu Projek Kerajaan: Cadangan Rashid terjemah pendirian Bersatu Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 01, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...