Buang tok batin, jangan bayar gaji jika tak sokong PH



KUALA LUMPUR 11 Jan. - Ketua-ketua kampung Orang Asli atau Tok Batin di Cameron Highlands diberi amaran supaya mengundi Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen berkenaan 26 Januari ini atau berisiko kehilangan jawatan.

Ugutan itu disuarakan oleh Ahli Dewan Negara dari PKR, Senator Bob Manolan Mohamad sebagai berkata, pemimpin masyarakat Orang Asli dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) perlu menyokong agenda kerajaan.

Jelas beliau, PH hanya mahukan ketua-ketua kampung yang boleh memberikan kerjasama dengan kerajaan demi kebaikan mereka.

“(Tok) Batin ini memang dibayar oleh kerajaan Pusat, maka itu Batin kena sokong PH. Tak sokong kita buang. Mana-mana batin yang tak sokong kerajaan kita tak bayar gaji dia, betul? Jangan bayar gaji dia.




“Kita bayar gaji dia, dia tak sokong kita, buat apa kita bayar gaji dia,” katanya seperti dipetik portal Malaysiakini.

Beliau berkata demikian dalam sesi dialog bersama Tok-tok Batin di Pos Betau, Jelai, hari ini.

Sesi dialog bersama pemimpin masyarakat Orang Asli dan wakil daripada 18 perkampungan Orang Asli Semai itu turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh.

Hari pengundian PRK Parlimen Cameron Highlands ditetapkan pada 26 Januari ini dengan hari penamaan calon dijadualkan berlangsung esok manakala mengundi awal pula pada 22 Januari. - UO
Buang tok batin, jangan bayar gaji jika tak sokong PH Buang tok batin, jangan bayar gaji jika tak sokong PH Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 11, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...