BN menang PRK Cameron Highland (tidak rasmi)



Keputusan tidak rasmi yang dipaparkan di pusat pengiraan undi menunjukkan calon BN, Ramli Mohd Nor memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands.

Setakat pukul 6.52 petang, Ramli sudah meraih 11,320 undi, iaitu lebih separuh daripada kira-kira 22,000 yang keluar mengundi.

Calon Pakatan Harapan (PH) M Manogaran pula sekadar mendapat 6,942 undi.

Calon bebas Wong Seng Yee dan Sallehudin Ab Talib masing-masing mendapat 226 dan 295 undi.

Kemenangan ini merupakan petanda rakyat mula sedar akan penipuan Pakatan Harapan (PH) setelah semua janji manifesto tidak ditunaikan.

Sementara itu Ramli adalah Orang Asli yang pertama menjadi ahli parlimen di dalam sejarah Malaysia. - MK/AbuLeman

BN menang PRK Cameron Highland (tidak rasmi) BN menang PRK Cameron Highland (tidak rasmi) Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 26, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...