Bangunan pamer lambang salib gergasi di Pulau Pinang



Seolah-olah mencabar umat Islam

Pulau Pinang – Heboh di media sosial tentang kewujudan lambang salib gergasi di tengah-tengah Bandar Jelutong, Pulau Pinang yang kelihatan dipamerkan pada sebuah bangunan baru di kawasan berkenaan.

Perkara itu menjadi perbualan dan perbincangan hangat netizen yang mana segelintir menggelarkannya sebagai lambang salib paling besar di dunia.

Namun lambang salib itu bukanlah dalam bentuk fizikal sebagai sebuah objek bersilang, sebaliknya ia merupakan pancaran cahaya dari reka bentuk bangunan berkenaan yang menghasilkan cahaya berbentuk salib jika dipandang dari kejauhan.

Selain itu, difahamkan, lambang salib itu hanya akan nampak dengan jelas pada waktu malam.

Umat Islam tiada masalah jika lambang salib dipasang dan dipamerkan di gereja dengan saiz yang munasabah. Ia tidak menyalahi undang-undang di dalam negara kita.

Namun mempamerkan lambang salib di bangunan yang bukan rumah ibadat adalah menjadi satu kesalahan di mana saiz lambang salib itu pula amat tidak munasabah, terlalu besar hingga tidak mempedulikan sensiviti umat Islam.

Lambang salib gergasi itu boleh dilihat oleh ribuan manusia termasuk umat Islam. Ia adalah termasuk satu bentuk menyebarkan agama yang jelas menyalahi undang-undang yang telah diperuntukkan.

Perkara 11 (4) menyatakan kerajaan negeri atau kerajaaan persekutuan boleh mengawal atau menyekat penganut agama bukan Islam menyebarkan atau mengembangkan ajaran atau kepercayaan mereka kepada orang-orang Islam.

Sehingga kini menteri-menteri Pakatan Harapan yang beragama Islam hanya membisukan diri termasuk Menteri Agama Dr Mujahid Rawa yang hanya timbul untuk membela LGBT dan kuil-kuil hindu.

Dengan siapa di kalangan pemimpin KERAjaan PH yang umat umat Islam boleh harapkan? – MS/AbuLeman
Bangunan pamer lambang salib gergasi di Pulau Pinang Bangunan pamer lambang salib gergasi di Pulau Pinang Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...