Anwar meliwat tapi kini sahabat baik saya – Mahathir

LONDON: Bercakap kepada Oxford Union Society, perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menegaskan beliau tidak pernah menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan yang menjadi 'musuh' pada 1998 dan dipecat atas alasan moral.
“Kalau saya bercakap benar pun, anda tidak akan mempercayainya. Beliau dibicarakan di mahkamah undang-undang selama 9 bulan sebelum dijatuhi hukuman penjara,” katanya, merujuk kepada perbicaraan Anwar berkaitan kes liwat pada akhir 1990-an.
“Tetapi sekarang saya kawan baiknya,” kata beliau, disambut ketawa hadirin di dalam dewan.
Anwar, yang dipecat oleh Dr Mahathir sebagai timbalan perdana menteri pada 1998 dijatuhi hukuman penjara 6 tahun kerana rasuah pada 1999 dan dikenakan hukuman penjara 9 tahun atas dakwaan liwat pada 2000. Beliau dibebaskan pada 2004 selepas Mahkamah Persekutuan membatalkan sabitan liwat tersebut.
“Kedaulatan undang-undang menyebut jika anda melakukan kesalahan, anda akan didakwa dan dibicarakan di mahkamah undang-undang. Hakim akan membuat keputusan, bukan saya,” kata Dr Mahathir.
Apabila ditanya pandangannya sama ada liwat merupakan satu jenayah, Dr Mahathir memberi jawapan selamba.
“Dalam masyarakat kami, ia salah. Jika anda mahu melakukannya, silakan. Tetapi di England, jangan di Malaysia,” katanya.
Jawapan tegas perdana menteri itu sekaligus menyatakan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu benar-benar seorang peliwat walaupun kini adalah sahabat baiknya. - FMT/AbuLeman
Anwar meliwat tapi kini sahabat baik saya – Mahathir
Reviewed by Abu Leman Abu Seman
on
January 22, 2019
Rating:

No comments