Anak menteri 'kantoi' ganja



Ada yang kata anak kepada Menteri Pertahanan Mat Sabu. Betul ke?

KUALA LUMPUR 5 Jan.- Seorang anak kepada seorang menteri ditahan polis selepas disyaki positif dadah jenis ganja ketika berada di sala sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang malam tadi.

Suspek berusia 31 tahun itu ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira pukul 12.30 malam.

ARTIKEL BERKAITAN : KEMATIAN ADIB: Anak Mat Sabu sindir PEKIDA, gengster melayu, 'tengok je ke?'

Menurut sumber, suspek merupakan 101 individu iaitu 55 wanita dan 46 lelaki yang diperiksa dalam operasi itu.

Ujarnya, ketika itu, suspek dikatakan bersama seorang lagi rakannya berusia 33 tahun turut ditahan kerana positif dadah.

"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya di sini hari ini. - UO
Anak menteri 'kantoi' ganja Anak menteri 'kantoi' ganja Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...