Anak menteri kantoi ganja dibebaskan



ANAK lelaki seorang menteri dan rakannya yang ditahan bersama 101 individu dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur, awal pagi hari ini, dibebaskan petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Yaacob berkata, lelaki berusia 31 tahun dan rakannya, 33, dibebaskan dengan jaminan polis selepas soal siasat dilakukan.

“Lelaki itu dan rakannya sudah dibebaskan dengan jaminan polis petang tadi selepas soal siasat dilakukan.

ARTIKEL BERKAITAN : Anak menteri 'kantoi' ganja

“Siasatan lanjut berhubung kes itu diteruskan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya ketika dihubungi.

Sebelum ini,  lelaki terbabit ditahan dalam serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada 3 pagi.

Difahamkan, lelaki itu bersama rakannya sedang berhibur dan saringan ujian air kencing mendapati dia positif dadah jenis ganja. - HM/AbuLeman
Anak menteri kantoi ganja dibebaskan Anak menteri kantoi ganja dibebaskan Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 05, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...