Ahli PAS luah perasaan kali pertama undi BN



LIPIS – Seorang penyokong tegar Pas di Felda Sungai Koyan, di sini meluahkan perasaannya bila pertama kali menyokong calon Barisan Nasional (BN) pada PRK Cameron Highlands, hari ini.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Mamat, dia tidak pernah bermimpi selama ini untuk mengundi BN dalam mana-mana pilihan raya.

Tetapi kerana taat kepada pimpinan, beliau sanggup mengenepikan perbezaan politik demi agama dan bangsa.



Seorang lagi penyokong Pas berkata, ada ahli parti itu yang menitiskan air mata kerana memikirkan pengorbanan besar yang mereka lakukan demi kemenangan Islam dan bangsa Melayu.

Mereka turut menyeru semua orang Melayu supaya bersatu dan bersama-sama menegakkan syiar Islam di negara ini.

Akhir sekali, pesanan mereka supaya penyokong-penyokong Pas akan dapat memberikan sokongan sekali lagi kepada BN di PRK Semenyih pada 2 Mac nanti. - CempedakCheese




[ Please subscribe Abu Leman Youtube channel ]
Ahli PAS luah perasaan kali pertama undi BN Ahli PAS luah perasaan kali pertama undi BN Reviewed by Abu Leman Abu Seman on January 27, 2019 Rating: 5

No comments


PENAFIAN:
Setiap komen yang ditulis di laman web ini tertakluk pada Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan lain-lain akta yang berkaitan di Malaysia. Kami tidak akan bertanggungjawab atas sebarang bentuk komen yang ditulis di laman web ini. Sebarang bentuk risiko adalah dibawah tanggungan pihak yang menulis komen yang berkenaan.

Loading...
Loading...